Visi
Menjadi stokis terbaik yang bergerak bersama kumpulan bagi memartabatkan jenama JRMH khususnya di Negeri Sembilan, dengan berpegang kepada prinsip jihad ekonomi.
Daftar ahli percuma hari ini dan dapatkan harga ahli pada pesanan pertama. HIVE10
Pusat maklumat korporat dan operasi bagi Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) untuk memperkenalkan kredibiliti syarikat serta perjalanan pertumbuhan perniagaan kami.
Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) merupakan sebuah syarikat bumiputera Melayu yang berdaftar sepenuhnya di bawah Akta Syarikat 2016 (Seksyen 17). Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2018 dan diasaskan oleh Puan Nazatul Azlin Abdullah selaku Pengarah Urusan.
OBSB merupakan stokis produk JRM Holistik bagi Negeri Sembilan. Syarikat mengamalkan prinsip jihad ekonomi — membangunkan semula ekonomi umat melalui wakaf korporat. Atas prinsip itu, OBSB aktif mengadakan pelbagai program kemasyarakatan bersama pengedar di bawahnya, di samping aktiviti jualan.
OBSB mempunyai bangunan outlet sendiri di Senawang untuk menguruskan dan memasarkan produk JRM Holistik. Outlet ini menjalankan jualan produk jenama JRMH, Rumah Hutan, Deratu dan Dapur Kayu By Bonda — kosmetik, ubatan tradisional, herba, makanan kesihatan dan sebagainya.
Garis masa perkembangan OBSB daripada penubuhan syarikat sehingga fasa transformasi digital.
2018
Olin Beauty Sdn. Bhd. ditubuhkan sebagai stokis JRM Holistik Negeri Sembilan, diasaskan oleh Puan Nazatul Azlin Abdullah. Outlet sendiri dibuka di Senawang, dibeli dengan hasil keuntungan JRMH.
2019
OBSB menerima pengiktirafan Team JRM Terbaik 2019 pada Rewards Oscars HQ 2019.
2020
Sumbangan kepada mangsa banjir di Rantau, Negeri Sembilan.
2021
Tajaan PPE kepada frontliners di Kem Senawang dan TTJ Seremban, serta Food Bank bersama Bonda Rozita Ibrahim pada awal pandemik.
2023
Salah seorang penaja utama program PPOBM Award dan Grand Dinner 2023.
2026
Ekosistem digital OLIN HIVE dilancarkan — menyatukan pelanggan, pengedar, produk, program dan komuniti dalam satu platform.
Menjadi stokis terbaik yang bergerak bersama kumpulan bagi memartabatkan jenama JRMH khususnya di Negeri Sembilan, dengan berpegang kepada prinsip jihad ekonomi.
Memperluas rangkaian pengedar yang berkualiti di setiap pelusuk Negeri Sembilan. Sentiasa pantas dan inovatif dalam memasang strategi untuk menjadikan JRMH produk keperluan No.1 pilihan pelanggan.
Kami fokus dan saling membantu untuk merealisasikan visi dan misi syarikat, serta bersatu dan teguh dalam organisasi.
Kami bertanggungjawab memastikan anggota dan produk kami selamat serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Bagus itu tidak pernah cukup. Kami memacu perubahan dengan semangat, meraikan kejayaan dan terus membina syarikat yang lebih baik untuk pelanggan.
Mengutamakan keseimbangan antara kerjaya dan kehidupan, mengelak tekanan dan lebih bertoleransi.
Kami memastikan kejujuran dan keadilan dalam setiap tindakan, dan melakukan perkara yang betul.
Sentiasa peka dengan perkembangan terkini dan kreatif dalam memasang strategi.
OBSB mengamalkan prinsip jihad ekonomi — membawa pendekatan perniagaan yang bukan hanya mengejar keuntungan, tetapi menekankan pembangunan ekonomi umat melalui wakaf korporat, ukhuwah dan manfaat kepada masyarakat. Atas prinsip ini, OBSB aktif menjalankan dan menyokong pelbagai program kemasyarakatan bersama pengedar dan komuniti.
Seiring dengan perkembangan OBSB, ekosistem syarikat kini bukan hanya melibatkan outlet dan jualan, tetapi merangkumi pelanggan, pengedar, produk, informasi, program dan komuniti. OLIN HIVE diwujudkan untuk menyatukan keseluruhan ekosistem itu dalam satu platform digital yang lebih tersusun, mudah diakses dan mampu berkembang seiring keperluan perniagaan semasa.
Puan Nazatul Azlin Abdullah
Pengarah Urusan / Founder
Olin Beauty Sdn. Bhd.
Kisah Pengarah Urusan dan pengasas Olin Beauty Sdn. Bhd.
Dalam bisnes, peluang tidak menunggu. Kita perlu cepat melihat, cepat merancang dan lebih cepat bertindak — sambil memastikan team berkembang bersama.
Puan Nazatul Azlin Abdullah ialah graduan Universiti Tenaga Nasional bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, serta Pelajar Dekan (Dean's List Award) dari tahun 2000 hingga 2004.
Pada tahun 2004, beliau membuka syarikat sendiri dengan fokus kepada perniagaan yang lebih profesional, berurusan dengan jabatan kerajaan dan swasta. Melihat kepesatan perniagaan atas talian, beliau mengembangkan perniagaannya ke platform digital.
Beliau telah menerima beberapa pengiktirafan jualan terbanyak untuk beberapa jenama. Setelah terpilih menjadi stokis JRMH, beliau nekad membuka kedai yang dibeli dengan hasil keuntungan JRMH, dan seterusnya fokus memartabatkan JRMH khususnya di Negeri Sembilan.
Beliau mendapat pendedahan perniagaan seawal usia empat tahun, mengikut ibunya Pn. Raja Diwi menjaja kuih dari rumah ke rumah, katering, berniaga kantin kilang, membuka warung pisang di tepi jalan sehingga membuka kedai runcit di hadapan rumah. Pengalaman itu memberi pendedahan mendalam tentang selok-belok perniagaan, layanan pelanggan, pengurusan jualan, operasi dan kewangan.
Pengasas JRM Holistik ialah Bonda Rozita Ibrahim. Formulasi dan kombinasi rawatan herba eksklusif dari seluruh pelosok dunia menjadikan formulasi JRM Holistik amat istimewa. Konsep rawatannya ialah Rawatan Kesihatan Sunnatullah Secara Holistik — gabungan rawatan berkonsepkan perubatan Islam dan herba.
JENAMA DI OUTLET KAMI
Ada soalan?
9:00 pagi – 6:00 petang, Isnin–Sabtu
Pasang OLIN HIVE pada telefon anda
Tekan butang Kongsi pada Safari, kemudian pilih "Tambah ke Skrin Utama".
Sila tutup alat pembangun untuk meneruskan pelayaran.