Polisi Pemulangan & Bayaran Balik
Tarikh: 11 Oktober 2026
SOP Pemulangan — 48 jam selepas barang diterima
- Semak barang sebaik diterima — buka bungkusan dan pastikan produk betul, lengkap dan tidak rosak.
- Jika rosak atau salah, ambil sehingga 3 gambar barang dan bungkusannya. Video tidak wajib — jika ada, muat naik ke Google Drive dan simpan pautannya.
- Mohon pemulangan daripada halaman pesanan anda dalam 48 jam selepas barang diterima: pilih sebab, terangkan apa yang berlaku dan lampirkan gambar.
- Lewat daripada 48 jam, permohonan tidak diterima.
- Jangan pos barang semula sebelum permohonan diluluskan — penjual akan menghubungi anda tentang langkah seterusnya.
Kami mahu anda berpuas hati dengan setiap pesanan. Polisi ini menerangkan bila pemulangan diterima dan bagaimana ia diproses.
1. Produk yang boleh dipulangkan
Produk yang tiba rosak, salah item, atau telah tamat tempoh boleh dipulangkan sepenuhnya. Permohonan mesti dibuat dalam tempoh 48 jam selepas barang diterima, bersama gambar produk. Permohonan selepas 48 jam tidak diterima.
2. Produk yang tidak boleh dipulangkan
Atas sebab keselamatan dan kebersihan, produk yang telah dibuka, digunakan sebahagian, atau meterainya telah dipecahkan tidak boleh dipulangkan kecuali ia rosak atau tamat tempoh.
3. Cara memulangkan
- Semak barang sebaik diterima. Jika rosak atau salah, mohon pemulangan daripada halaman pesanan anda (Portal Ahli, atau pautan pesanan dalam emel) dalam tempoh 48 jam — pilih sebab, terangkan apa yang berlaku dan lampirkan gambar. Video tidak wajib; jika ada, muat naik ke Google Drive dan tampal pautannya.
- Kami akan mengesahkan kelayakan dalam masa satu hari bekerja.
- Bungkus semula produk dengan pembungkusan asal dan hantar ke alamat yang kami berikan, atau bawa terus ke outlet.
- Kos penghantaran pemulangan ditanggung oleh kami jika kesilapan di pihak kami.
4. Bayaran balik
Bayaran balik diproses ke kaedah pembayaran asal dalam masa tujuh hingga sepuluh hari bekerja selepas produk diterima dan disemak. Kos penghantaran asal dikembalikan jika keseluruhan pesanan dipulangkan atas kesilapan kami.
5. Kesan pada mata dan komisen
Mata ganjaran yang diberikan atas pesanan yang dipulangkan akan ditarik semula. Komisen ejen bagi jualan yang dipulangkan juga dibatalkan.
6. Pesanan yang tidak diambil
Pesanan pengambilan di outlet yang tidak diambil dalam tempoh 14 hari akan dihubungi. Jika tiada balasan selepas dua percubaan, pesanan boleh dibatalkan dan dibayar balik tolak kos pengendalian.