Langkau ke kandungan utama

Daftar ahli percuma hari ini dan dapatkan harga ahli pada pesanan pertama. HIVE10

Berita & Aktiviti

Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025

Oleh OLIN HIVE 22 Mac 2025 2 minit bacaan

Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025

Jawapan pantas

Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 ialah program CSR dan kebajikan komuniti anjuran OLIN HIVE (Olin Beauty Sdn. Bhd.), stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, yang diadakan di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, Negeri Sembilan pada 22 Mac 2025. Alhamdulillah, Sabtu 22 Mac 2025 bersamaan 21 Ramadan 1446H, satu lagi detik bermakna tercatat dalam perjalanan amal Olin Beauty Sdn.

Fakta utama

  • Program diadakan pada 22 Mac 2025.
  • Lokasi: Kampung Sungai Jai, Lenggeng, Negeri Sembilan.
  • Kategori arkib: CSR dan kebajikan komuniti.
  • Dianjurkan oleh OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan.
  • 20 foto program ini direkodkan dalam arkib.

Alhamdulillah, Sabtu 22 Mac 2025 bersamaan 21 Ramadan 1446H, satu lagi detik bermakna tercatat dalam perjalanan amal Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB). Dengan semangat kesukarelawan yang tinggi dan kerjasama erat bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Team OBSB turun padang menyantuni insan-insan yang diuji dengan kesusahan hidup. Kali ini, misi kami tertumpu kepada sebuah keluarga di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, Negeri Sembilan.

Seawal jam 7.30 pagi, rombongan OBSB yang diketuai oleh CEO, Yang Berbahagia Puan Hajah Nazatul Azlin, bertolak dari kediaman beliau menuju ke rumah Puan Nadia, penerima bantuan yang menjadi tuan rumah kepada program kebajikan kali ini. Setibanya di sana sekitar jam 8.30 pagi, pihak OBSB bersama Angkatan Tentera Malaysia telah berkumpul untuk mendengar taklimat ringkas sebelum memulakan tugas.

Misi yang dijalankan meliputi proses baik pulih kediaman dan pembersihan kawasan rumah Puan Nadia yang telah uzur dan memerlukan perhatian. Suasana penuh semangat bergotong royong menyaksikan semua yang hadir, termasuk sukarelawan dari kedua-dua pihak, mengambil peranan masing-masing dengan cekap dan harmoni.

Tatkala kami melihat sendiri keadaan kediaman dan kesungguhan keluarga ini bertahan dalam serba kekurangan, hati kami amat tersentuh. Di sebalik kehidupan yang serba selesa, ramai yang mungkin tidak sedar wujudnya insan-insan yang berjuang hanya untuk meneruskan hari esok. Kehadiran kami hari itu bukan untuk menunjuk, tetapi untuk berkongsi rasa, rezeki, dan kasih sesama manusia.

Lebih mengharukan, program ini turut mendapat liputan istimewa daripada TV AlHijrah yang hadir ke lokasi untuk membuat rakaman dan temubual. Dalam temubual bersama Puan Hajah Nazatul Azlin dan Puan Nadia, suasana menjadi sayu apabila Puan Nadia tidak dapat menahan sebak dan menitiskan air mata syukur atas bantuan yang diterima. Ia bukan sekadar bantuan fizikal, tetapi juga suntikan harapan dan semangat baru buat keluarganya.

Setelah semua kerja gotong royong selesai, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas daripada Puan Hajah Nazatul Azlin, yang menzahirkan penghargaan tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama, khususnya pihak Angkatan Tentera Malaysia yang sudi berganding bahu menjayakan misi ini. Sebagai tanda terima kasih, beliau turut menyampaikan sagu hati kepada pihak ATM serta para sukarelawan yang terlibat. Tidak dilupakan juga, sedikit sumbangan disampaikan kepada keluarga Puan Nadia bagi meringankan beban mereka menjelang Aidilfitri.

Sebelum pulang, semua yang hadir bersalaman dan berpelukan erat. Satu tanda bahawa misi ini bukan sekadar selesai di lokasi, tetapi telah menyalakan satu semangat baru dalam setiap jiwa yang terlibat.

“Tangan yang memberi takkan pernah kosong... kerana setiap huluran yang ikhlas, akan kembali sebagai keberkatan. Semoga langkah kecil ini membuka seribu pintu rahmat.”

Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 1
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 2
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 3
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 4
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 5
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 6
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 7
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 8
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 9
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 10
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 11
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 12
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 13
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 14
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 15
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 16
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 17
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 18
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 19
Program CSR Baiti Syawal oleh OBSB 22 Mac 2025 — 20

Soalan lazim

Program ini diadakan pada 22 Mac 2025.

Di Kampung Sungai Jai, Lenggeng, Negeri Sembilan.

OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, bersama rangkaian Pengedar Sah 1Malaysia.

Kongsi artikel ini
WhatsApp Outlet

Tiada sambungan - paparan ini mungkin tidak terkini