Langkau ke kandungan utama

Daftar ahli percuma hari ini dan dapatkan harga ahli pada pesanan pertama. HIVE10

Berita & Aktiviti

Menziarahi Pengedar JRMNS, Puan Eliya Atas Kematian Ibundanya 20 Mac 2025

Oleh OLIN HIVE 20 Mac 2025 2 minit bacaan

Menziarahi Pengedar JRMNS, Puan Eliya Atas Kematian Ibundanya 20 Mac 2025

Jawapan pantas

Menziarahi Pengedar JRMNS, Puan Eliya Atas Kematian Ibundanya 20 Mac 2025 ialah program CSR dan kebajikan komuniti anjuran OLIN HIVE (Olin Beauty Sdn. Bhd.), stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, yang diadakan di Rumah Puan Eliya, Pengedar JRM Holistik, Negeri Sembilan pada 20 Mac 2025. Pada hari Khamis, 20 Mac 2025, Puan Hajah Nazatul Azlin selaku Stokis JRM Holistik Negeri Sembilan bersama beberapa orang barisan pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan telah meluangkan masa menziarahi salah seorang ahli keluarga besar JRM,...

Fakta utama

  • Program diadakan pada 20 Mac 2025.
  • Lokasi: Rumah Puan Eliya, Pengedar JRM Holistik, Negeri Sembilan.
  • Kategori arkib: CSR dan kebajikan komuniti.
  • Dianjurkan oleh OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan.
  • 5 foto program ini direkodkan dalam arkib.

Pada hari Khamis, 20 Mac 2025, Puan Hajah Nazatul Azlin selaku Stokis JRM Holistik Negeri Sembilan bersama beberapa orang barisan pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan telah meluangkan masa menziarahi salah seorang ahli keluarga besar JRM, iaitu Puan Eliya, yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta.

Kehadiran rombongan ini bukan sekadar sebagai formaliti, tetapi sebagai tanda kasih, empati dan sokongan padu sesama pengedar JRM yang sentiasa bersatu hati dalam susah dan senang. Suasana penuh santai dan mesra terjalin apabila mereka duduk bersembang, berkongsi cerita dan mengenang memori bersama, memberikan sedikit kelegaan kepada hati yang sedang diuji dengan kehilangan.

Tujuan utama ziarah ini adalah untuk menyampaikan takziah secara peribadi, sekaligus menunjukkan solidariti dan kebersamaan dalam keluarga besar JRM Holistik. Dalam ziarah yang penuh nilai kemanusiaan ini, Puan Hajah Nazatul Azlin turut menyerahkan sedikit sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan simpati kepada Puan Eliya sekeluarga. Walaupun nilainya tidak dapat menggantikan kehilangan, namun ia disampaikan dengan penuh keikhlasan dan doa yang tidak putus-putus.

Sebelum beransur pulang, rombongan bersalaman dan Puan Hajah sempat menitipkan kata-kata semangat kepada Puan Eliya agar terus kuat, sabar dan redha atas ketentuan Ilahi.

Ziarah ini membuktikan bahawa dalam keluarga JRM, setiap ahli bukan hanya sekadar rakan niaga tetapi adalah keluarga, yang saling menyokong dalam setiap detik suka dan duka.

“Dalam kehilangan, hadirnya kasih sejati… bukan sekadar hadir tubuh, tapi hadirnya hati yang menyentuh dan menyembuh luka yang tidak terlihat.”

Menziarahi Pengedar JRMNS, Puan Eliya Atas Kematian Ibundanya 20 Mac 2025 — 1
Menziarahi Pengedar JRMNS, Puan Eliya Atas Kematian Ibundanya 20 Mac 2025 — 2
Menziarahi Pengedar JRMNS, Puan Eliya Atas Kematian Ibundanya 20 Mac 2025 — 3
Menziarahi Pengedar JRMNS, Puan Eliya Atas Kematian Ibundanya 20 Mac 2025 — 4
Menziarahi Pengedar JRMNS, Puan Eliya Atas Kematian Ibundanya 20 Mac 2025 — 5

Soalan lazim

Program ini diadakan pada 20 Mac 2025.

Di Rumah Puan Eliya, Pengedar JRM Holistik, Negeri Sembilan.

OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, bersama rangkaian Pengedar Sah 1Malaysia.

Kongsi artikel ini
WhatsApp Outlet

Tiada sambungan - paparan ini mungkin tidak terkini