Langkau ke kandungan utama

Daftar ahli percuma hari ini dan dapatkan harga ahli pada pesanan pertama. HIVE10

Berita & Aktiviti

Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025

Oleh OLIN HIVE 11 Februari 2025 2 minit bacaan

Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025

Jawapan pantas

Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 ialah program CSR dan kebajikan komuniti anjuran OLIN HIVE (Olin Beauty Sdn. Bhd.), stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, yang diadakan di Rumah Hutan Terapi Alam, Batang Kali, Selangor pada 11 Februari 2025. Pada Selasa, 11 Februari 2025, pihak Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah membawa rombongan khas ke Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu yang diadakan di Rumah Hutan Terapi Alam, milik pengasas JRM Holistik, Bonda Rozita Ibrahim.

Fakta utama

  • Program diadakan pada 11 Februari 2025.
  • Lokasi: Rumah Hutan Terapi Alam, Batang Kali, Selangor.
  • Kategori arkib: CSR dan kebajikan komuniti.
  • Dianjurkan oleh OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan.
  • 10 foto program ini direkodkan dalam arkib.

Pada Selasa, 11 Februari 2025, pihak Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah membawa rombongan khas ke Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu yang diadakan di Rumah Hutan Terapi Alam, milik pengasas JRM Holistik, Bonda Rozita Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh tetamu istimewa, Murabbi Syeikh Nik Bakri, yang menyampaikan ilmu penuh manfaat kepada semua peserta.

Rombongan telah berkumpul seawal 5.30 pagi di Masjid Al-Fateh, Forest Height, diiringi staf OBSB iaitu Cik Nurul Syazwani, Cik Nur Amirah, dan Cik Muhammad Iman. Sebelum bertolak, rombongan menunaikan solat Subuh berjemaah dan seterusnya membuat pendaftaran bersama Cik Syazwani. Para peserta turut menerima roti dan air sebagai alas perut sebelum memulakan perjalanan.

Sekitar 6.30 pagi, rombongan bergerak ke Rumah Hutan Terapi Alam dengan menaiki tiga buah kenderaan yang disediakan oleh pihak OBSB. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam, dan rombongan tiba di destinasi sekitar 8.30 pagi. Setibanya di sana, staf OBSB menguruskan pendaftaran peserta di kaunter yang telah disediakan, sebelum semua rombongan mengambil tempat masing-masing untuk mendengar majlis ilmu yang dipimpin oleh Bonda Rozita Ibrahim dan Syeikh Nik Bakri.

Selesai majlis, para peserta mengambil kesempatan untuk membeli-belah di Outlet JRM Holistik Rumah Hutan Terapi Alam, yang menawarkan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan. Seterusnya, rombongan menikmati makan tengah hari di kafe Rumah Hutan, di mana pelbagai menu menarik disajikan, termasuk lauk pauk tradisional, minuman menyegarkan, serta pencuci mulut yang enak.

Sebelum bertolak pulang, rombongan menunaikan solat Zohor berjemaah, dan sekitar 5.30 petang, mereka tiba semula di Negeri Sembilan. Semua peserta dan staf OBSB bersalaman sebagai tanda penghargaan atas pengalaman penuh bermakna pada hari itu.

“Ilmu yang berkat adalah cahaya yang menuntun hati, manakala perjalanan yang disertai niat baik akan membawa seribu ketenangan. Sesungguhnya, setiap langkah ke arah kebaikan adalah doa yang tidak terucap.”

Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 1
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 2
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 3
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 4
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 5
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 6
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 7
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 8
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 9
Majlis Sejuta Rahmat dan Medan Ilmu di Rumah Hutan Terapi Alam 11 Febuari 2025 — 10

Soalan lazim

Program ini diadakan pada 11 Februari 2025.

Di Rumah Hutan Terapi Alam, Batang Kali, Selangor.

OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, bersama rangkaian Pengedar Sah 1Malaysia.

Kongsi artikel ini
WhatsApp Outlet

Tiada sambungan - paparan ini mungkin tidak terkini