Langkau ke kandungan utama

Daftar ahli percuma hari ini dan dapatkan harga ahli pada pesanan pertama. HIVE10

Berita & Aktiviti

Company Trip Reward Staff OBSB Padang Indonesia

Oleh OLIN HIVE 12 Ogos 2019 2 minit bacaan

Company Trip Reward Staff OBSB Padang Indonesia

Jawapan pantas

Company Trip Reward Staff OBSB Padang Indonesia ialah program pencapaian komuniti anjuran OLIN HIVE (Olin Beauty Sdn. Bhd.), stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, yang diadakan di Negeri Sembilan pada 12 Ogos 2019. Indonesia, 12 Ogos 2019 - Company Trip telah diadakan pada 10 sehingga 12 Ogos 2019 di Bukit Tinggi, Padang Indonesia.

Fakta utama

  • Program diadakan pada 12 Ogos 2019.
  • Lokasi: Negeri Sembilan.
  • Kategori arkib: pencapaian komuniti.
  • Dianjurkan oleh OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan.

Indonesia, 12 Ogos 2019 - Company Trip telah diadakan pada 10 sehingga 12 Ogos 2019 di Bukit Tinggi, Padang Indonesia.

Company Trip ditaja oleh Puan Nazatul Azlin (Olin), Director Company Olin Beauty Sdn Bhd (JRM Negeri Sembilan).

Kemudian, kami singgah ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau sambil menambah pengetahuan tentang setiap perincian isi rumah panjang Minangkabau. Anak-anak Puan Olin ada yang menggayakan baju tradisi minang yang kebiasaannya digunakan pada waktu perkahwinan. Sewaan RM10 untuk setiap baju.

Kemudian, kami singgah ke atas Puncak Kawa. Pemandangan sangat tenang dan cantik, ala ala Cameron Highland nampak ladang dari atas. Sejuk berangin. Di puncak Kawa, kami menikmati permandangan sambil menikmati makanan yang sedap.

Seterusnya, laluan menuju ke Istana Pagaruyung, Batu Sangkar, Minangkabau ni ada banyak bendera seiras dengan Negeri Sembilan laitu Hitam, Merah dan Kuning. Istana lama ni ada 3 tingkat. Dengar cerita orang di şini, rumah ni masih ada penunggu, kalau naik sampai tingkat 3, rasa seram sikit.

Dalam Istana pagaruyung ni dipenuhi dengan tirai-tiral yang berwarna-warni dan penuh tiang. Selepas bergambar di depan istana Pagaruyung, Batu Sangkar. Kami ke Cafe Kadaitoks Bistro yang sangat berdekatan dengan gunung Merapi. Ada band, santai-santal.

Hari pertama kami diakhiri dengan menginap di Emersia Hotel Batu Sangkar Padang.

Pada Hari Kedua, kami meneruskan perjalanan ke Taman Panorama Lubang Jepang, Bukit Tinggi. Di situ, kami mepelajari kisah tentera Jepun dan terowong yang menyeramkan. Kemudian, kami menuju ke Puncak Lawang Bukit Tinggi yang sangat tinggi dan sejuk. Dapat pula menikmati jagung bakar, bertambah lagi sedap.

Seterusnya kami check in pulak ke hotel Grand Rocky Hotel, Bukit Tinggi selepas check out hotel lama untuk berehat.

Pada hari terakhir (hari ketiga), kami masuk ke perkambungan Siti Nurbaya dengan cerita sejarah cinta yang menyedihkan. Kami masuk ke kawasan pantai air manis dan singgah di tempat sumpahan ibu Malim Kundang terhadap anaknya yang derhaka yang bertukar menjadi batu.

Sebelum pulang, kami sempat singgah di masjid yang cantik senibinanya seperti bumbung rumah gadang. Kami hari terakhir kami di Indonesia dengan sesi bergambar.

Akhir kata, semoga perjalanan kami bermanfaat dengan pengisian yang berilmu.

Soalan lazim

Program ini diadakan pada 12 Ogos 2019.

Di Negeri Sembilan.

OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, bersama rangkaian Pengedar Sah 1Malaysia.

Kongsi artikel ini
WhatsApp Outlet

Tiada sambungan - paparan ini mungkin tidak terkini