Langkau ke kandungan utama

Daftar ahli percuma hari ini dan dapatkan harga ahli pada pesanan pertama. HIVE10

Berita & Aktiviti

Pembukaan Booth JRMNS oleh Team OBSB sempena Program Minggu Penyusuan Susu Ibu

Oleh OLIN HIVE 20 Ogos 2025 2 minit bacaan

Pembukaan Booth JRMNS oleh Team OBSB sempena Program Minggu Penyusuan Susu Ibu

Jawapan pantas

Pembukaan Booth JRMNS oleh Team OBSB sempena Program Minggu Penyusuan Susu Ibu ialah program booth dan kolaborasi anjuran OLIN HIVE (Olin Beauty Sdn. Bhd.), stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, yang diadakan di Klinik Kesihatan Seremban 2, Negeri Sembilan pada 20 Ogos 2025. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kesempatan ini, kami ingin berkongsi perjalanan rasmi pembukaan Booth JRM Holistik Negeri Sembilan sempena Program Minggu Penyusuan Susu Ibu yang telah berlangsung di Klinik Kesihatan Seremban 2 pad...

Fakta utama

  • Program diadakan pada 20 Ogos 2025.
  • Lokasi: Klinik Kesihatan Seremban 2, Negeri Sembilan.
  • Kategori arkib: booth dan kolaborasi.
  • Dianjurkan oleh OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan.
  • 2 foto program ini direkodkan dalam arkib.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kesempatan ini, kami ingin berkongsi perjalanan rasmi pembukaan Booth JRM Holistik Negeri Sembilan sempena Program Minggu Penyusuan Susu Ibu yang telah berlangsung di Klinik Kesihatan Seremban 2 pada Rabu, 20 Ogos 2025 hingga Jumaat, 22 Ogos 2025.

Booth ini telah dibuka pada:

? Hari Rabu & Khamis, 20 – 21 Ogos: 8.00 pagi – 5.00 petang

? Hari Jumaat, 22 Ogos: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari

Sepanjang tiga hari program, booth ini telah dikendalikan oleh Team OBSB yang terdiri daripada Puan Faziha, Puan Nazatul Azalina, dan Cik Syazwani. Manakala pada hari Jumaat, CEO OBSB, Puan Nazatul Azlin turut berkesempatan turun padang melawat booth serta berinteraksi bersama para pengunjung.

Hampir keseluruhan produk JRM telah dibawa untuk diperkenalkan kepada orang ramai, dengan tawaran pelbagai hadiah menarik untuk setiap pembelian serta promosi hebat khusus sepanjang program ini. Selain itu, Team OBSB juga mengedarkan flyers kepada para pengunjung sebagai usaha memperkenalkan produk-produk JRM dan manfaatnya.

Alhamdulillah, booth ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pengunjung di Klinik Kesihatan Seremban 2. Kehadiran orang ramai bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menjadi bukti penerimaan masyarakat terhadap produk JRM.

Tujuan utama booth ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan holistik, di samping menyokong objektif Program Minggu Penyusuan Susu Ibu yang menekankan kesejahteraan ibu dan anak.

Kami di OBSB percaya bahawa usaha seperti ini dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat, memberi manfaat kesihatan, serta memperkukuhkan keyakinan pelanggan terhadap produk JRM yang terbukti berkualiti.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur atas peluang yang diberikan, serta kepada semua pengunjung yang hadir dan memberikan sokongan. Semoga usaha kecil ini menjadi sebahagian daripada sumbangan kami dalam menyokong gaya hidup sihat dan seimbang.

“Seperti titisan susu yang memberi kehidupan, begitu jugalah usaha kecil ini diharapkan menjadi sumber manfaat yang berpanjangan. Semoga setiap langkah yang diatur membawa kebaikan, setiap senyuman yang terukir menambah erat silaturahim, dan setiap doa yang dipanjatkan menjadi bekal kekuatan untuk kita semua.”

Pembukaan Booth JRMNS oleh Team OBSB sempena Program Minggu Penyusuan Susu Ibu — 1
Pembukaan Booth JRMNS oleh Team OBSB sempena Program Minggu Penyusuan Susu Ibu — 2

Soalan lazim

Program ini diadakan pada 20 Ogos 2025.

Di Klinik Kesihatan Seremban 2, Negeri Sembilan.

OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, bersama rangkaian Pengedar Sah 1Malaysia.

Kongsi artikel ini
WhatsApp Outlet

Tiada sambungan - paparan ini mungkin tidak terkini