Kelas dan Meeting bersama Coach Maxx pada 15 Febuari 2025
Oleh OLIN HIVE 15 Februari 2025 2 minit bacaan
Jawapan pantas
Kelas dan Meeting bersama Coach Maxx pada 15 Febuari 2025 ialah program bengkel dan latihan anjuran OLIN HIVE (Olin Beauty Sdn. Bhd.), stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, yang diadakan di The Urban Affairs, Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan pada 15 Februari 2025. Pada Sabtu, 15 Februari 2025, pihak Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah menganjurkan meeting dan kelas pemasaran digital bersama Coach Maxx, bertempat di The Urban Affairs, Dataran Centrio, Seremban 2.
Fakta utama
- Program diadakan pada 15 Februari 2025.
- Lokasi: The Urban Affairs, Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan.
- Kategori arkib: bengkel dan latihan.
- Dianjurkan oleh OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan.
- 10 foto program ini direkodkan dalam arkib.
Pada Sabtu, 15 Februari 2025, pihak Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah menganjurkan meeting dan kelas pemasaran digital bersama Coach Maxx, bertempat di The Urban Affairs, Dataran Centrio, Seremban 2. Program ini bermula seawal 9.00 pagi dan berakhir sekitar 2.00 petang, dihadiri oleh pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan serta staf OBSB.
Tiga topik utama dibincangkan dalam sesi kali ini:
1. Whitelist – Kaedah memastikan iklan berbayar di media sosial berjalan lancar, diluluskan tanpa sekatan, dan tepat mengenai sasaran audiens.
2. SEO (Search Engine Optimization) – Strategi penulisan dan pengoptimuman kandungan untuk meningkatkan kedudukan di enjin carian seperti Google, bagi memaksimumkan pendedahan produk.
3. Editing – Teknik penyuntingan foto dan video untuk menghasilkan bahan promosi yang berkualiti tinggi, berdaya tarikan, dan profesional.
Selain perkongsian ilmu daripada Coach Maxx, sesi editing turut dikendalikan oleh Cik Muhammad Iman dari OBSB yang memberi tunjuk ajar secara praktikal. Para peserta juga menikmati sesi soal jawab untuk memperkukuh kefahaman mereka terhadap teknik pemasaran digital terkini.
Kali ini, pihak OBSB menyediakan hidangan bertemakan ‘Western’ yang istimewa, lengkap dengan pencuci mulut (dessert). Hidangan ini bukan sahaja menyempurnakan selera, malah mencipta suasana santai namun penuh bersemangat sepanjang sesi.
Program ini menegaskan komitmen OBSB dalam melengkapkan para pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan dengan ilmu pemasaran digital yang relevan agar terus berdaya saing.
“Ilmu yang dihadam dengan penuh rasa syukur adalah santapan minda. Seperti hidangan yang enak, ilmu juga memberi tenaga untuk terus melangkah ke puncak kejayaan.”










Soalan lazim
Program ini diadakan pada 15 Februari 2025.
Di The Urban Affairs, Dataran Centrio, Seremban 2, Negeri Sembilan.
OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, bersama rangkaian Pengedar Sah 1Malaysia.