Langkau ke kandungan utama

Daftar ahli percuma hari ini dan dapatkan harga ahli pada pesanan pertama. HIVE10

Berita & Aktiviti

Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025

Oleh OLIN HIVE 31 Mei 2025 2 minit bacaan

Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025

Jawapan pantas

Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 ialah program komuniti anjuran OLIN HIVE (Olin Beauty Sdn. Bhd.), stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, yang diadakan di D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan pada 31 Mei 2025. Alhamdulillah, pada Sabtu 31 Mei 2025, Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah menganjurkan Program Bowling Bersama TeamNogoriohsem bertempat di D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.

Fakta utama

  • Program diadakan pada 31 Mei 2025.
  • Lokasi: D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
  • Kategori arkib: komuniti.
  • Dianjurkan oleh OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan.
  • 21 foto program ini direkodkan dalam arkib.

Alhamdulillah, pada Sabtu 31 Mei 2025, Olin Beauty Sdn. Bhd. (OBSB) telah menganjurkan Program Bowling Bersama TeamNogoriohsem bertempat di D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Sebuah inisiatif santai tetapi penuh makna bagi menghargai dan mengeratkan hubungan antara warga kerja serta barisan pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan.

Program ini disertai oleh staf OBSB, pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan dan turut dimeriahkan oleh kehadiran CEO OBSB sendiri, Yang Berbahagia Puan Hajah Nazatul Azlin. Rombongan OBSB telah bergerak dari outlet JRM Negeri Sembilan seawal jam 1.30 petang dan tiba di lokasi sekitar jam 2.00 petang untuk membuat persiapan awal. Para pengedar mula hadir sekitar jam 2.30 petang dan disambut mesra oleh team OBSB.

Setibanya di lokasi, setiap pengedar mendaftar terlebih dahulu dan menerima saguhati sebagai tanda penghargaan kerana sudi bersama menjayakan program kali ini. Sekitar jam 3.00 petang, program dimulakan dengan taklimat ringkas dan ucapan pembukaan daripada Puan Hajah Nazatul Azlin, diikuti dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Iman bagi memberkati perjalanan program.

Permainan bowling dimulakan dengan penuh semangat dan sorakan. Semua peserta mengambil tempat dan beraksi bersama kumpulan masing-masing dalam suasana yang penuh ceria, mesra dan penuh aura positif. Sepanjang lebih satu jam setengah, pelbagai gelagat menarik dapat dilihat. Bukan sekadar bersaing, tetapi lebih kepada menyatukan hati dan semangat sebagai satu pasukan.

Setelah tamat sesi permainan, acara diteruskan dengan pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah. Tahniah diucapkan kepada para pemenang atas semangat dan usaha mereka!

Selain itu, satu momen istimewa turut diadakan. Sambutan kecil-kecilan untuk para pengedar yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Mei. Puan Hajah Nazatul Azlin turut menyampaikan sepotong kek kepada mereka sebagai tanda ingatan dan penghargaan.

Sesi bergambar diadakan sebagai penutup kenangan indah hari tersebut. Sebelum bersurai, semua peserta bersalaman, namun momen tidak terhenti di situ. Puan Hajah turut menjemput semua yang hadir untuk minum petang bersama, menyambung sembang santai sambil berkongsi idea, strategi dan semangat untuk terus memajukan diri serta bisnes dalam dunia keusahawanan.

Program rasmi berakhir sekitar jam 6.00 petang, namun semangat kekeluargaan yang terjalin terus mekar di hati setiap yang hadir.

“Kerana dalam pasukan yang kuat, bukan hanya kerja yang dikongsi… tetapi juga tawa, semangat, dan kasih sayang seperti sebuah keluarga.”

Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 1
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 2
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 3
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 4
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 5
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 6
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 7
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 8
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 9
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 10
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 11
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 12
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 13
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 14
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 15
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 16
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 17
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 18
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 19
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 20
Bowling bersama Teamnogoriohsem di D'tempat Country Club Bandar Sri Sendayan 31 Mei 2025 — 21

Soalan lazim

Program ini diadakan pada 31 Mei 2025.

Di D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan.

OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, bersama rangkaian Pengedar Sah 1Malaysia.

Kongsi artikel ini
WhatsApp Outlet

Tiada sambungan - paparan ini mungkin tidak terkini