Langkau ke kandungan utama

Daftar ahli percuma hari ini dan dapatkan harga ahli pada pesanan pertama. HIVE10

Berita & Aktiviti

Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025

Oleh OLIN HIVE 20 Mac 2025 2 minit bacaan

Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025

Jawapan pantas

Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025 ialah program booth dan kolaborasi anjuran OLIN HIVE (Olin Beauty Sdn. Bhd.), stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, yang diadakan di MBS Seremban, Negeri Sembilan pada 20 Mac 2025. Pada 19 dan 20 Mac 2025, bersamaan hari Rabu dan Khamis, satu lagi langkah positif telah diambil oleh barisan Pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan dalam memperkukuh jenama dan mendekati pengguna tempatan.

Fakta utama

  • Program diadakan pada 20 Mac 2025.
  • Lokasi: MBS Seremban, Negeri Sembilan.
  • Kategori arkib: booth dan kolaborasi.
  • Dianjurkan oleh OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan.
  • 6 foto program ini direkodkan dalam arkib.

Pada 19 dan 20 Mac 2025, bersamaan hari Rabu dan Khamis, satu lagi langkah positif telah diambil oleh barisan Pengedar JRM Holistik Negeri Sembilan dalam memperkukuh jenama dan mendekati pengguna tempatan. Puan Ayulan Ammara, salah seorang pengedar aktif dan berdedikasi, telah membuka booth rasmi JRM di lokasi strategik iaitu di MBS, Seremban.

Booth dibuka seawal jam 10.00 pagi dan menerima kunjungan pelbagai lapisan masyarakat yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang produk-produk Jamu Ratu Malaya. Suasana sepanjang dua hari pembukaan booth cukup meriah dan penuh dengan aura positif.

Puan Ayulan bukan sahaja mempamerkan produk dengan susun atur yang kemas dan menarik, bahkan turut memberikan konsultasi percuma kepada pengunjung yang ingin mengetahui produk bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Sikap mesra dan keterampilan beliau menarik perhatian ramai, sekaligus berjaya memperkenalkan JRM dengan lebih meluas di peringkat komuniti setempat.

Team media dari Olin Beauty Sdn. Bhd. turut turun padang memberikan sokongan penuh sepanjang dua hari booth berlangsung. Kehadiran mereka bukan sahaja menceriakan suasana, malah turut membantu dari sudut liputan media, dokumentasi, serta memberi semangat buat para pengedar yang terlibat.

Sebagai tanda penghargaan atas penglibatan aktif dan komitmen tinggi, pihak MBS telah menyampaikan sijil penghargaan kepada Puan Ayulan Ammara. Selain itu, pihak MBS juga berbesar hati memberikan sedikit makanan sebagai simbol penghormatan dan penghargaan kepada usaha yang dijalankan.

Pembukaan booth ini membuktikan bahawa dengan usaha yang konsisten, komunikasi yang baik serta sokongan berpasukan, jenama JRM mampu terus berkembang dan menambat hati lebih ramai pelanggan.

“Bila niat disulam usaha, dan semangat dikuatkan dengan doa... setiap langkah kecil pasti akan membawa kepada kejayaan yang besar.”

Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025 — 1
Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025 — 2
Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025 — 3
Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025 — 4
Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025 — 5
Booth Pengedar, Puan Ayulan Ammara di MBS Seremban 19 Mac dan 20 Mac 2025 — 6

Soalan lazim

Program ini diadakan pada 20 Mac 2025.

Di MBS Seremban, Negeri Sembilan.

OLIN HIVE di bawah Olin Beauty Sdn. Bhd., stokis rasmi JRM bagi Negeri Sembilan, bersama rangkaian Pengedar Sah 1Malaysia.

Kongsi artikel ini
WhatsApp Outlet

Tiada sambungan - paparan ini mungkin tidak terkini